Abstrak
Buku ini memuatkan himpunan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berunsurkan Pendidikan Islam dan Kerohanian dalam merealisasikan Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Huraian dan contoh yang diberikan adalah praktikal malah mudah difahami oleh semua pembaca. Isi kandungannya digabung jalin dengan beberapa aspek perkembangan kanak-kanak yang pastinya dapat membantu warga pendidik khususnya dan ibu bapa amnya. Setiap topik dihuraikan dengan cara yang mudah untuk difahami oleh setiap golongan pembaca. Konsep-konsep dan aplikasi ilmu yang ditunjukkan dengan contoh-contoh yang mudah yang bersesuaian akan menjadi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan. Buku ini bersesuaian untuk segenap golongan terutamanya ibu bapa dan guru-guru.