Lewati ke konten utama
Beranda / Penulis

Profil penulis

Ph.D.

63 karya publik ditemukan.

2021: 32020: 32019: 22018: 172017: 232016: 12

Fiqh Jihad Jilid 1 dan Jilid 2

2016 · Book · Koleksi Perpustakaan

Buku ini khusus untuk: Cendekiawan Pengamal undang-undang Sejarawan Politikus Aktivis Pasukan keselamatan Angkatan tentera Pemikir Orientalis Pejuang agama dan siapa sahaja yang ingin menyelami hakikat keindahan Islam. Fiqh Jihad adalah karya terbaru Dr. Yusuf Qaradhawi yang akan membuka minda dan memberi dan memberi kefahaman kepada masyarakat berkenaan jihad. Buku ini secara lengkap dan jelas membahas masalah jihad dan isu-isu yang berkaitan seperti: Hakikat jihad dalam Islam Hukum perang antara negara Islam Dasar hubungan umat Islam dan penganut agama lain Hukum memerangi rakyat di negara musuh Perbezaan antara jihad dan pengganas (irhab) Konsep jizyah dalam Islam dan perkembangan masa kini Batasan dan hukum memerangi perintah yang zalim Syariat jihad dalam Islam dan agama lain Hukum bom berani mati yang menimpa rakyat tempatan

Fiqh Keutamaan

2016 · Book · Koleksi Perpustakaan

Perkara mana yang lebih utama? Menunaikan ibadah haji setiap tahun ataupun menyumbangkan dana tersebut kepada mangsa perang? Memberi makanan kepada fakir miskin ataupun membantu mereka mendapatkan pekerjaan yang tetap? Membantu orang yang dizalimi ataupun menghalang orang yang melakukan kezaliman? Meninggalkan perkara yang dilarang ataupun melaksanakan perkara yang diperintahkan? Menjadi seorang kaya yang bersyukur ataupun miskin yang sentiasa bersabar? Bercampur gaul dengan orang ramai ataupun mengasingkan diri ketika tersebarnya kerosakan? Mengutamakan hafalan semata-mata ataupun berusaha memahami ilmu yang dipelajari? Mengutamakan amalan menggunakan hati ataupun menggunakan anggota badan? Dalam menjalani ibadah yang pelbagai, kita selalu berdepan dengan pilihan dan keputusan. Ibadah mana yang perlu diberi keutamaan pada tangga pertama dan diberi keistimewaan untuk didahulukan. Apatah lagi perkara tersebut berkaitan hukum hakam, kepentingan individu ataupun masyarakat, amalan kebaikan, pendirian mahupun susunan gerak kerja harian. Semua ini perlu disusun mengikut keutamaan yang betul. Fiqh Keutamaan karya Dr. Yusuf Al-Qaradhawi memberi garis panduan dalam memilih ibadah mana yang perlu didahulukan. Buku ini padat dengan panduan, kajian dan sumber rujukan daripada Al-Quran dan sunnah serta konteks semasa.