Lewati ke konten utama
Beranda / Penulis

Profil penulis

Zaharuddin Abd Rahman

3 karya publik ditemukan.

2017: 12016: 2

Ledakan Facebook; Antara Pahala & Dosa

2017 · Book · Koleksi Perpustakaan

Zaman ini, Facebook digunakan di mana sahaja, di rumah, di pejabat, perniagaan kecil, besar, NGO malah kerajaan sesebuah negara juga mengggunakan Facebook. Daripada presiden sebuah negara, perdana menteri, artis sehingga pelajar sekolah sudah mahir menggunakan Facebook. Cuma golongan yang masih kurang menggunakan Facebook adalah golongan agamawan. Antara hujah yang diberikan: Facebook adalah agenda Yahudi yang cuba menyesatkan umat Islam.Facebook ejen CIA. Facebook melalaikan.Facebook mendedahkan diri kepada zina.Facebook mendedahkan ain diri sendiri.Dan banyak lagiBenarkan dakwaan begitu? Benarkah Facebook begitu jahat sehingga haram digunakan oleh umat Islam. Tokoh terkenal, Dr. Zaharuddin Abd Rahman menjawab persoalan ini dengan penuh hikmah dan rasional.

Fiqh Medik Mini

2016 · Book · Koleksi Perpustakaan

Antara persoalan yang terjawab dalam buku ini: 1. Adakah berubat itu benar-benar wajib? 2. Bagaimana mengenalpasti darurat yang sebenar? 3. Bilakah masa kita tidak perlu berjumpa doktor? 4. Lemak babi boleh jadi halal? 5. Apakah doa waktu sakit yang mujarab? 6. Bolehkah menderma organ kepada bukan Muslim? 7. Berdosakah kita apabila menggugurkan kandungan? 8. Jampi bagaimana yang diterima Islam? 9. Setakat mana kita boleh mencantikkan rupa? 10. Pandangan mata orang mampu membuatkan kita sakit? 11. Vaksin: Mahu cucuk ataupun tidak?

Fiqh Kewangan Islam

2016 · Book · Koleksi Perpustakaan

Akad jual beli adalah akad yang penting dan sering digunakan oleh setiap lapisan masyarakat. Maka, usaha mengupas hikmah-hikmah di sebalik akad jual beli adalah satu usaha yang penting dan perlu diberi perhatian. Kajian ini tidak hanya terbatas kepada maqasid atau tujuan-tujuan pensyariatan sahaja. Ia turut mencakupi perbahasan mengenai beberapa permasalahan semasa mengenai hukum jual beli yang secara tidak langsung menambahkan lagi pengetahuan kita tentang muamalat semasa. Buku ini mampu menghapuskan kekeliruan yang timbul dalam hukum jual beli secara khusus, dan yang berkaitan harta secara umumnya. Dikaji secara ‘fiqhiyyah’ berserta dengan maqasidnya yang jelas, dapat memberi gambaran yang lebih praktikal dan mudah difahami.