Lewati ke konten utama
Beranda / Penulis

Profil penulis

Yusuf Al-Qaradhawi

12 karya publik ditemukan.

2017: 112016: 1

Fatwa Kontemporari Jilid 3, Siri 1 (Al-Quran, Hadith, & Usul Fiqh)

2017 · Book · Koleksi Perpustakaan

Membawakan perbincangan terperinci berkaitan pentafsiran Al-Quran daripada sudut saintifik dan hukum merawat dengan menggunakan Al-Quran. Juga dibincangkan tentang isu antara sunnah yang wajib dan tidak wajib diamalkan, pencerahan semula beberapa hadith yang sering menimbulkan persoalan dan hadith yang diragui dalam kalangan masyarakat. Selain itu, turut menyentuh hal-hal lain berkaitan usul fiqh.

Fatwa Kontemporari Jilid 1, Siri 2 (Ibadah)

2017 · Book · Koleksi Perpustakaan

“Setiap sakit ada penawarnya, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, dan setiap persoalan pasti ada jawapannya.” Tanpa terikat pada silibus buku-buku agama, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjawab persoalan semasa yang mencabar praktik ajaran Islam dalam dunia moden khususnya berkaitan ibadah termasuk permasalahan dalam bab solat, puasa, zakat, haji, dan umrah. Antara persoalan menarik dalam Fatwa Kontemporari Jilid 1, Siri 2 adalah: Apakah yang dimaksudkan dengan solat khauf? Adakah haram berkahwin pada bulan Muharam? Adakah haram menggantikan puasa pada bulan Syaaban? Adakah melakukan suntikan membatalkan puasa? Apakah yang dimaksudkan dengan sumpah yang terikat? Apakah hukum mengambil pil penahan haid?

Halal dan Haram dalam Islam

2017 · Book · Koleksi Perpustakaan

Buku Halal dan Haram dalam Islam karangan Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi ini adalah cetakan yang ke-70 ataupun lebih (tidak dapat dipastikan). Beliau berdoa semoga buku ini memberi manfaat kepada penulis, penerbit, dan pembacanya. Beliau juga berdoa semoga umat Islam dapat menjaga tingkah laku selari dengan hukum-hakam yang terkandung dalam Al-Quran dan sunnah tanpa menghiraukan ideologi-ideologi yang diimport daripada luar. Kelainan Buku Halal dan Haram dalam Islam Edisi Kemas Kini: Al-Qaradhawi menambah baik isi kandungan berbanding cetakan sedia ada sejak lebih 40 tahun yang lalu. Hadith-hadith dalam buku ini dijelaskan sumber dan martabatnya berbanding buku sebelum ini yang ringkas. Beberapa hadith yang dilihat tidak perlu dalam edisi sebelum ini dibuang. Namun, ia tidak menjejaskan hukum asal yang terkandung dalam buku ini. Al-Qaradhawi turut memuatkan lampiran soalan-soalan berbangkit pembaca buku Halal dan Haram dalam Islam yang sebelumnya. Antara soalan, kritikan, dan jawapan yang dikemukakan dalam buku ini adalah: Hukum mengharaman sembelihan orang Majusi kerana mereka adalah Musyrikin. Isu susunan ayat-ayat Al-Quran tentang arak. Isu aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi. Hukum harus isteri melayan tetamu suami. Hukum mengharuskan onani bagi mereka yang mempunyai kehendak naluri seks yang kuat. Isu pengharaman kahwin mut'ah. Hukum perancangan keluarga dan faktor-faktor yang mengharuskannya. Isu talak ke atas isteri yang sedang haid. Isu pengharaman dadu dan pendapat yang memberi keringanan bermain dadu sekiranya tiada unsur taruhan.

Sunnah vs. Bid’ah

2017 · Book · Koleksi Perpustakaan

Sebahagian daripada ulama berpandangan, setiap perkara baru adalah bid'ah sehinggakan membid'ahkan semua perkara yang tidak ada dalam sunnah. Sebahagian lagi daripada mereka berpandangan bid'ah hanya urusan duniawi semata-mata sehingga apa sahaja amalan yang tidak ada dalam sunnah, boleh diamalkan. Perselisihan ini adakalanya menyebabkan mereka bercakaran antara satu dengan yang lain meskipun dalam topik yang bukan pokok. Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjawab perselisihan ini di bawah topik berikut: -Definisi sunnah dan bid'ah menurut perspekstif al-Quran dan sunnah. -Ruang lingkup permasalahan bid'ah. -Adakah perkara baru hanya dalam urusan dunia sahaja? -Benarkah bid'ah itu bermaksud berlebih-lebihan dalam ibadah? -Mengapa Islam tegas dalam isu bid'ah? -Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menjawab penyelewengan artikel, "Ingkar terhadap Bid'ah, Benci kepada Perkara Baru: Adakah ini Pendirian Islam ataupun Jahiliyah?"

Fiqh Keutamaan

2016 · Book · Koleksi Perpustakaan

Perkara mana yang lebih utama? Menunaikan ibadah haji setiap tahun ataupun menyumbangkan dana tersebut kepada mangsa perang? Memberi makanan kepada fakir miskin ataupun membantu mereka mendapatkan pekerjaan yang tetap? Membantu orang yang dizalimi ataupun menghalang orang yang melakukan kezaliman? Meninggalkan perkara yang dilarang ataupun melaksanakan perkara yang diperintahkan? Menjadi seorang kaya yang bersyukur ataupun miskin yang sentiasa bersabar? Bercampur gaul dengan orang ramai ataupun mengasingkan diri ketika tersebarnya kerosakan? Mengutamakan hafalan semata-mata ataupun berusaha memahami ilmu yang dipelajari? Mengutamakan amalan menggunakan hati ataupun menggunakan anggota badan? Dalam menjalani ibadah yang pelbagai, kita selalu berdepan dengan pilihan dan keputusan. Ibadah mana yang perlu diberi keutamaan pada tangga pertama dan diberi keistimewaan untuk didahulukan. Apatah lagi perkara tersebut berkaitan hukum hakam, kepentingan individu ataupun masyarakat, amalan kebaikan, pendirian mahupun susunan gerak kerja harian. Semua ini perlu disusun mengikut keutamaan yang betul. Fiqh Keutamaan karya Dr. Yusuf Al-Qaradhawi memberi garis panduan dalam memilih ibadah mana yang perlu didahulukan. Buku ini padat dengan panduan, kajian dan sumber rujukan daripada Al-Quran dan sunnah serta konteks semasa.