Lewati ke konten utama
Beranda / Penulis

Profil penulis

Hussin

25 karya publik ditemukan.

2018: 62017: 172016: 2

Sejarah Perkembangan Nasionalisme Melayu Sebelum Kemerdekaan

2018 · Book · Koleksi Perpustakaan

Kajian ini akan menganalisis sejarah perkembangan nasionalisme Melayu dalam menentang kuasa-kuasa Barat, khususnya British di Tanah Melayu sebelum mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Kaedah kajian yang digunakan adalah berdasarkan kaedah penelitian terhadap sumber-sumber yang diperolehi di perpustakaan dan Arkib Negara Malaysia. Kajian ini akan dimulakan dengan merungkai terlebih dahulu sejarah awal perkembangan ekonomi Tanah Melayu. Kedatangan kuasa-kuasa Barat, iaitu Portugis, Belanda dan British ke Tanah Melayu adalah disebabkan oleh kepentingan ekonomi Tanah Melayu yang juga dikenali sebagai Bumi Emas dan Semenanjung Emas oleh bangsa asing. Tanah Melayu telah dijajah selama lebih 400 tahun sejak penjajahan Portugis pada 1511. Apabila British menguasai Tanah Melayu, kemasukan pemikiran pro-Barat mereka telah mewujudkan konflik dengan masyarakat Melayu. Kajian ini akan memfokus kepada pensejarahan masyarakat Melayu bagi melihat sejarah perkembangan nasionalisme Melayu dan pihak-pihak yang terlibat dalam penentangan terhadap British. Selepas negara berjaya mencapai kemerdekaan, perlaksanaan Dasar Pandang Ke Timur oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1982 dilihat menamatkan konflik berterusan antara pemikiran Pro-Barat yang dibawa penjajah dan semangat nasionalisme Melayu, dengan model Jepun yang mewakili model Timur telah menggantikan model Barat yang sekian lama mendominasi kehidupan masyarakat Melayu seawal penguasaan Portugis di Melaka pada tahun 1511.

Sejarah Perkembangan Pelaburan Asing Dalam Pembentukan Ekonomi Malaysia: Zaman Kolonial-Pasca Merdeka

2017 · Book · Koleksi Perpustakaan

Pembangunan ekonomi Malaysia pada masa kini diwarisi daripada tiga tahap tahap sebelumnya, dimulakan dengan tahap pertumbuhan dan perkembangan pesat industri sumber asli, khususnya bijih timah dan getah yang bermula dari pertengahan abad ke-19 sehingga tahun 1914, diikuti tempoh turun naik atau ketidakstabilan industri sumber asli dalam tempoh antara Perang Dunia Pertama dan Kedua dan akhir sekali tahap penyatuan dan rasionalisasi industri sumber asli bersama dengan kepelbagaian ekonomi selepas tahun 1945. Untuk tujuan kelancaran dan konsistensi dalam memahami sejarah perkembangan pelaburan asing pada zaman kolonial British dan zaman pasca-kolonial Malaysia, sejarah perkembangan pelaburan asing di Tanah Melayu akan dianalisis terlebih dahulu. Latar belakang kajian akan menumpukan Tanah Melayu kerana pembentukan ekonominya merupakan tunjang kepada pembentukan ekonomi Malaysia. Namun, sumbangan pembentukan ekonomi Sabah dan Sarawak kepada pembentukan ekonomi Malaysia tidak dapat dinafikan.

Warisan hadis ulama Nusantara

2017 · Book · Koleksi Perpustakaan

Criticism on Muslim scholars' thoughts from Indonesia and Malaysia concerning hadith.